Abstrak
Pendidikan adalah proses yang dilalui oleh setiap individu merangkumi pelbagai aspek dalam melengkapi keperluan sepanjang hidup. Dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran, pendidikan juga menjadi perkara teras yang dapat menyumbang kepada pembangunan kendiri dalam proses kehidupan di masa akan datang.
Di dalam perspektif lain, pendidikan juga dapat menjana pembangunan modal insan dan ekonomi Negara bagi persediaan individu bersaing untuk melengkapi diri dengan kemahiran dan berupaya menyumbang kepada perkembangan sosial, budaya dan ekonomi sesebuah Negara.
Oleh sebab itu, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan system pendidikan Negara dapat berfungsi dengan efektif dan merapatkan jurang dalam sistem pendidikan kebangsaaan dan mencari kaedah terbaik untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.
Bagi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia di masa akan datang, komitmen dan strategi bagi meningkatkan kualiti pendidikan Negara telah dirangka dan Kementerian Pendidikan telah berjaya menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2015 bagi memperolehi hasil yang dapat mencapai kepuasan dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat khususnya di dalam bidang pendidikan.
Ekoran dari ini, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula terhadap sistem pendidikan Negara pada Oktober 2011 dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu bagi memurnikan harapan ibu bapa, masyarakat serta persiapan anak muda terhadap keperluan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat.
Dalam situasi dan cabaran global dunia yang semakin hebat pada masa kini, kejayaan Negara sering dikaitkan dengan kemajuan isi perutnya yang merangkumi faktor-faktor seperti ekonomi dan modal insan. Rakyat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran serta mempunyai kompetensi yang tinggi bakal menyumbang kepada ekonomi yang lebih tinggi.
Lewat ini, sistem pendidikan Negara telah dilihat sebagai satu dasar yang perlu diberi perhatian serius memandangkan semakin ramai ibu bapa yang lebih peka dan prihatin tentang peranan pendidikan dalam menyediakan anak-anak mereka ilmu yang diperlukan.
Atas kesedaran bahawa setiap pihak dapat mencapai tahap pendidikan yang baik, Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan yang pantas untuk melaksanakan transformasi pendidikan demi manfaat semua.
Objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Di dalam merangka pelan pembangunan ini, Kementerian Pendidikan telah mengumpul dapatan daripada pelbagai sumber kajian dan laporan pendidikan yang dilaksanakan oleh pakar-pakar pendidikan seperti UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Pihak-pihak yang terlibat dalam kajian ini adalah pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid dan masyarakat di serata Negara.
Dari maklumbalas yang diperolehi dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan dapat menilai semula status dan prestasi terkini sistem pendidikan Negara dengan melihat kepada kejayaan lampau dan membezakannya dengan tanda aras antarabangsa.
Sehubungan itu, objektif Pelan ini telah dirangka bagi menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Antara tiga objektif yang telah dirangka:
Visi dan Aspirasi
Terdapat lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia yang mana ianya setanding dengan keberhasilan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Pelaksanaan lima aspirasi ini amat penting bagi memberi manfaat dan merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Lima aspirasi (ekshibit 2) bagi sistem ada seperti berikut:
Aspirasi sistem
Aspirasi murid
Tidak dapat dinafikan bahawa kualiti yang perlu ada pada individu murid adalah menjadi penyumbang penting dalam sistem pendidikan Negara. Oleh sebab itu, selain dari lima keberhasilan sistem yang telah digarapkan, aspirasi murid juga menjadi perkara asas kepada usaha penambahbaikan sistem pendidikan Negara.
Terdapat ENAM aspirasi murid yang membolehkan mereka meneraju pembangunan ekonomi global di masa hadapan, iaitu:
Sebelas Anjakan Utama untuk Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara
Daripada input yang diperolehi oleh pelbagai pihak berkepentingan seperti pendidik, guru, ibu bapa dan murid, telah wujud beberapa kata sepakat yang mempunyai empat kriteria utama. Pertama, inisiatif yang dikemukakan perlu menyumbang kepada aspirasi sistem dan aspirasi murid, kedua Kementerian menggunakan panduan antarabangsa bagi menambahbaik sistem dan murid, ketiga perancangan perlulah relevan agar dapat dilaksanakan dan keempat kesan dan hasilnya perlulah melebihi daripada kos yang perlu ditanggung.
Sehubungan itu, 11 Anjakan (ekshibit 1) bagi menghasilkan perubahan telah dikenalpasti dan perlu memberi impak kepada lima keberhasilan sistem iaitu :
Transformasi Teori Fungsionalisme dan kaitannya dengan konsep sosiologi
Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh dihuraikan sebagai suatu organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan.
Teori fungsionalisme menyatakan bahawa masyarakat, pihak sekolah dan media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian serta evolusi dalam sesebuah masyarakat.
Pendidikan dan Masyarakat
Tidak dapat dinafikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini menitikberatkan pembangunan modal insan yang dilihat menjadi penyumbang utama dalam kejayaan sistem pendidikan negara. Tambahan pula, isu perpaduan di kalangan murid masih lagi dikekalkan memandangkan negara mengamalkan pluralisme kaum.
Pada sejarahnya, sistem pendidikan telah mewujudkan sistem persekolahan berasingan mengikut kaum yang berbeza. Walaupun masih dikekalkan hingga kini, umum berpendapat bahawa mempunyai sekolah satu aliran adalah cara terbaik untuk membentuk identiti dan merapatkan jurang perpaduan di kalangan murid.
Pendidikan dan Mobiliti Sosial
Mobiliti sosial ditakrifkan sebagai gerakan perpindahan dari satu kelas sosial ke kelas sosial yang lain (Paul B. Horton, 1970).
Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap yang rendah ke aras yang lebih baik. Proses gerak pindah ini boleh menjadi hasil yang positif atau negatif kerana risikonya sangat tinggi. Berubah ke satu aras hidup yang lebih baik adalah impian bagi setiap orang kerana keselesaan dan kebahagiaan yang akan dinikmati kelak dapat merubah keadaan hidup yang sedia ada.
Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial.
Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial sudah tidak dapat dinafikan. Sememangnya pendidikan menjadi asas dalam mobiliti sosial masyarakat Malaysia kerana kerjaya yang baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan tinggi. Dengan adanya pendidikan, murid yang berada di kalangan keluarga berpendapatan rendah berpeluang hidup senang ekoran dari pencapaian akademik yang baik. Namun begitu, hasrat Kementerian untuk merealisasikan mobiliti sosial dalam kalangan murid miskin perlu dipertingkatkan memandangkan status sosioekonomi masih lagi menjadi faktor penentu kejayaan akademik seseorang.
Isu
1. Bahasa
Gabungan NGO pelbagai etnik dan agama menentang Penambahan waktu kelas bahasa melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan cina kerana dikatakan tidak mendorong pembangunan pendidikan bahasa ibunda mereka.
2. Status ekonomi dan kelas sosial
Perbezaan status ekonomi memang telah menjadi isu dan cabaran besar dalam mencapai keberhasilan pendidikan. Terdapat korelasi di antara pendapatan ibu bapa murid dan lokasi yang menentukan pencapaian akademik murid.
Oleh sebab itu, ketaksamarataan pendidikan masih lagi perlu ditangani walaupun kerajaan sering memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan dari segi kewangan pendidikan.
3. Kualiti Guru
Tidak dapat dinafikan untuk melahirkan generasi yang cemerlang, kualiti pendidik itu sendiri memain peranan yang amat besar. Untuk merealisasikan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, isu kualiti guru perlu ditangani segera. Persoalannya, dapatkah guru yang berkualiti dijana untuk persediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini?
Kebaikan
1. Akses dan peluang pendidikan
Umum mengetahui bahawa kanak-kanak di Malaysia mendapat akses kepada pendidikan yang merupakan objektif utama dalam sistem pendidikan negara. Mereka akan dipastikan bersekolah dan kekal bersekolah dalam tempoh yang ditetapkan bagi mencapai tahapminimum persekolahan. Setelah merdeka, didapati kemasukan di peringkat rendah dan menengah rendah mencapai enrolmen sejagat dan kemasukan di peringkat prasekolah dan menengah atas adalah agak tinggi. Ini menunjukkan akses dan peluang pendidikan yang samarata diberi kepada semua.
2. Melahirkan murid yang kompeten dalam kemahiran berbahasa
Kerajaan memastikan agar dasar bahasa dikemaskini bagi meningkatkan kemahiran berbahasa, bukan sahaja bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris malah bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan. Dengan adanya kemahiran berbahasa, murid berpeluang mengembangkan potensi diri dan lebih bersedia berhadapan dengan dunia selepas persekolahan.
3. Menggunakan ICT bagi bersaing sama tinggi dengan peringkat antarabangsa
Bagi menyediakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih efektif, kerajaan telah meneroka penggunaan ICT yang dapat melengkapkan individu dengan kemahiran pembelajaran yang baru. Usaha kerajaan untuk merangka pembelajaran dalam talian dan tutorial interaktif adalah murni dan dapat menyumbang kepada perkembangan global sejagat.
Kesimpulan
Secara amnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mempunyai persediaan yang lengkap bagi kebajikan generasi muda dan di peringkat global. Di antaranya, pada akhir 2013, perkhidmatan kaunseling kerjaya dan akademik akan dimasukkan ke dalam jadual murid sekolah menengah bagi mempersiapkan murid ke alam pekerjaan. Tambahan pula, bagi laluan pendidikan vokasional, murid juga dapat bersedia ke alam pekerjaan memandangkan kursus praktikum secara ‘hands-on’ diberikan.
Selain itu, kemahiran menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris akan lebih dititikberatkan. Kementerian mengharapkan agar setiap murid mencapai 100% literasi asas dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, di mana pada akhir tingkatan 5 90% murid dijangka memperoleh minimum skor kredit dalam bahasa Malaysia dan 70% minimum skor dalam kertas bahasa Inggeris berdasarkan standard Cambridge 1119. Dengan adanya kemahiran dan kompetensi berbahasa ini, maka murid akan lebih bersedia menghadapi dunia global yang menggunakan komunikasi sebagai alat penghubung.
Walau bagaimanapun, isu perpaduan masih menjadi komponen penting dalam konteks sosial masyarakat Malaysia dan pendidikan adalah perkara teras yang dapat menghapuskan tahap perbezaan kaum di Malaysia. Maka, kementerian perlu memastikan setiap kumpulan etnik diwakili dan dimasukkan dalam kurikulum dan bahan pengajaran yang digunakan di sekolah agar jurang perkauman dapat dihapuskan secara total.
Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:
1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.
5. Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :